Monday, December 1, 2008

A BEAUTIFUL PRAYER


I asked Allah to take away my habit.
Allah said, No.
It is not for me to take away, but for you to give it
up.

I asked Allah to make my handicapped child whole.
Allah said, No.
His spirit is whole, his body is only temporary

I asked Allah to grant me patience.
Allah said, No.
Patience is a byproduct of tribulations;
it isn't granted, it is learned.

I asked Allah to give me happiness.
Allah said, No.
I give you blessings; Happiness is up to you.

I asked Allah to spare me pain.
Allah said, No .
Suffering draws you apart from worldly cares and
brings you closer to me.

I asked Allah to make my spirit grow.
Allah said, No.
You must grow on your own, but I will prune you to
make you fruitful.

I asked Allah for all things that I might enjoy life.
Allah said, No.
I will give you life, so that you may enjoy all
things.

I ask Allah to help me LOVE others, as much as He
loves me.
Allah said...Ahhhh, finally you have the idea

Wednesday, November 19, 2008

ApA jEnIs DaRaH aNdA??

Peter D Adamo, seorang saintis dari Barat telah memperkenalkan sejenis diet yang
amat mudah untuk diamalkan. Apa yang anda perlu buat ialah anda perlu memastikan
kumpulan darah anda dan bersedia untuk mengamalkan diet seperti ini. Mudah bukan?
Hasilnya pun bakal memberikan seribu satu impak yang positif kepada anda.
Diet mengikut kumpulan darah masing-masing. Buku tulisan beliau bertajuk
'Eat Right for Your Type'.
(bley dapatkn buku nie kt MPH, Kinokunya n etc)

Dr Peter telah mengaplikasikan teori diet mengikut Sunnah Rasulullah SAW dalam
kajiannya. Beliau telah
menggunakan lentil - sejenis bahan dalam kekacang untuk
bertindak balas dengan koordinator tubuh dan menghasilkan tindak balas motor
yang mengurangkan tindakan kawalan fizikal badan untuk melakukan aktiviti
seharian.. Maksudnya, badan kita sentiasa berada dalam keadaan rehat dan
pembinaan protein untuk tumbesaran tubuh berjalan dengan rancak.
Seterusnya, beliau mengkategorikan individu yang memiliki:
kumpulan darah jenis O, sebagai ‘meat-hunter,’
kumpulan darah A sebagai ‘vegetarian,’ dan
kumpulan B dan AB sebagai ‘omnivor.’

Rasulullah sendiri tidak menggalakkan umatnya makan daging bersama susu dan
ikan bersama susu. Ini amat bertepatan sekali untuk kumpulan darah A yang mana
individu tersebut tidak boleh meminum susu dan makan daging. Sebaliknya, diet
mereka perlu dineutralkan dengan pengambilan sayur-sayuaran yang banyak agar
kesihatan terjaga dengan sempurna.
Indahnya Islam!



Diet
berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo
yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan
kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin
adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap
protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah
tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996
menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap
individu memiliki tindakbalas yang berbeza
terhadap makanan berdasarkan jenis
darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan
perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan
jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu
antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia
memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah
mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.Selain itu
pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat
mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan
O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’


Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil
diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan
mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang
memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding
jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis
alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil
tetapi dalam
kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga
dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu
masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung
(dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan
susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan
buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan
siakap
putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan
industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk,
pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri
khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif • Perlu
menghindari makanan yang daripada produk susu
dan daging • Dianjurkan menjadi vegetarian atau
mengambil
makanan berkadar karbohidrat tinggi,
namun rendah lemak • Mengurangkan stress dengan
bermeditasi, atau berolahraga • Cukup beristirehat


Menu diet yang dianjurkan:
(hanya saranan je tau..!!ambil secare sederhana)

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba



DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari
makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan
berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai
variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan
daging • Disarankan mengambil makanan dan minuman
berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain
tenis, berjalan kaki dan bermeditasi• Untuk mengatasi stress
disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan
kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan
serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya
magnesium dalam kuantiti yang
banyak.Makanan yang dianjurkan adalah
daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut,semua produk susu kecuali
‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun,
beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam,
udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung,
minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya,
kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe,
tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung,
lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
(hanya saranan je tau..!!jgn ari2 menu nie je)

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan
teh
herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba



DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’


Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan
golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi
telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang
dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu
fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak
kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan
cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan
pengambilan daging lembu,
udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.Kurangkan
pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif • Disarankan
untuk mengambil
makanan dalam kuantiti sedikit tetapi
kerap • Untuk lebih bertenaga olahraga
pada setiap pagi
digalakkan


Menu diet yang dianjurkan:
(hanya saranan je tau..!!pelbagaikan menu anda)

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek
: Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi



DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’


Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak
mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan
pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran
yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau
turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan
buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi.
Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar
seperti sayur brokoli, sawi, taugeh,
terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik
darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan
tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.Hindari jeruk kerana ia
mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi
berbanding golongan darah jenis lain • Mudah
mengadaptasi berbagai makanan • Untuk mengatasi
tekanan, disarankan melakukan aerobik • Dianjurkan
untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan
rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan,
sayuran •Berisiko terkena radang dan kerosakan organ
seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian


Menu diet yang dianjurkan:
(hanya saranan je tau..ingat..moderate..variety)

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh
herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek :Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus,kentang rebus,
buah-buahan dan teh herba


Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang

baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak
melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan
pemakanan

yang sihat.Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan
pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau
berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan
dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat
keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan
bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada
anda sama
ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter
J.D´Adamo ataupun
tidak.



Monday, October 27, 2008

frenz..mizz u so much...

time bbuka ramai2..best..


gurzl's frenz...i luv 'em very much..


time kami form 3..smks1o

thankz to him...

erm aku xpnh cite pape lg kan..
kali ni aku nk share psl smlm...
"dia" belikan aku jacket...brown colour..(nice...)
sbbkan aku blk umah,then "dia" plh sndr...
punyer la lama kt tmpt bju tuh...
smpi promoter kt situ pelik...(hahahahaha)
pastu mlm td "dia" dtg kt ukm..(huhuhuhu)
mmandangkan aku da knyg sbb seharian braye..
so aku tmnkan "dia" mkn la...
after mkn,br "dia" bg...(xsuprise pun sbb da tau..huhuhu)
pandai gak plh kan..(biasa aku je yg plhkn ukt dia)
bila "dia" blk n aku naik bilik n try...
mujur muat..(aku da chubby kan)
so..thankz sgt kt "dia"..

pd aku,dia xpnh pts asa nk wat aku epi...
dr sekolah...smpi skrg..
aku da blaja terima dia n syg dia seikhlasnya...

Thursday, October 23, 2008

apa itu kasih sayang??


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar:Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar:Baiklah…apa yang saya harus buat?


Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu
: Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada
di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu
: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

sahabat itu... @};-

SAHABAT YANG SOLEH

LAKSANA PENJUAL KASTURI

SEDIKIT KESANNYA

KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH

KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN

KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN

KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN

MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG

MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,

SAHABAT YANG SOLEH

RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN

DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN

YANG MULIA DI HATI BUDI

ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH

IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU

AGAR IA TIDAK BERULANG

MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN

YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN

TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA

MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH

IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN

YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN

YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN

YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN

MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH

MALUNYA MENGATASI PERAWAN

BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN

CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN

RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN

TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN

RANTINGNYA IKHLAS

DAN PUNCAK KEREDHAANNYA JADI TUMPUAN

ven ven's poem


When you get yourself fumbled and tumbled

Do not funk away

Stand right back without flinching

Cause it is a new page right begin

The sun is illuminating

Embrace the world with your arm wide open

Drench yourself in this enchanting world

And handful of knowledge is a pretty beginning

Do not leave your page unwritten

Paint it with colourful imaginations

Dreams are flying up high in the sky

So spread your wings and fly

The undulating sea is not a barrier

Thus, never hesitate to venture

Step through the frontier

And acquire the dream you desire

hye there !!!


i wish i can be like it...

Loading...

me,myself n i...

My Photo
norsafwani
nothing special bout me..
View my complete profile

masa itu emas

let chat




ShoutMix chat widget

my pets...

let countdown..